KEAHLIAN

| Kebaikan | Jenis KeahlianBagaimana Menjadi Ahli | Yuran |


Kebaikan Menyertai PUSPANITA
  • Dapat menjalinkan silaturrahim dikalangan ahli-ahli tanpa mengira kedudukan jawatan
  • Menyatupadukan pegawai/staf wanita dengan suri-suri anggota perkhidmatan awam di semua peringkat
  • Menambah pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar, kursus, lawatan sambil belajar dan sebagainya

 Atas


 

Jenis-Jenis Keahlian PUSPANITA


AHLI BIASA 

Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali di Sabah yang terdiri daripada : 

  1. Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat Kumpulan Perkhidmatan
  2. Anggota wanita di semua peringkat Kumpulan Perkhidmatan di Malaysia
  3. Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan yang telah bersara atau meninggal dunia
  4. Isteri anggota Perkhidmatan Awam yang diceraikan
  5. Anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam yang telah bersara
     


AHLI BERSEKUTU 

  1. Isteri anggota Perkhidmatan Awam yang belum menjadi warganegara Malaysia
  2. Pekerja wanita yang digajikan oleh persatuan
  3. Ahli Bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam persatuan
  4. Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori (a)ii di atas akan luput dengan sendirinya apabila ia berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan persatuan
     


AHLI GABUNGAN 

  1. Ahli gabungan terbuka kepada persatuan wanita yang telah mendaftar di Kementah dan diberi status yang sama seperti ahli biasa
  2. Keahlian ahli gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan
     


AHLI KEHORMAT 

  1. Dilantik oleh Yang Dipertua dengan persetujuan Majlis Tertinggi di kalangan wanita yang difikir boleh memberi sumbangan kepada persatuan. Ahli Kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat
     


AHLI SEUMUR HIDUP 

  1. Terdiri dari ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti ditetapkan
  2. Ahli Seumur Hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi dalam Mesyuarat Agong, Perwakilan, Mesyuarat Khas atau mesyuarat-mesyuarat agong di peringkat Cawangan dan boleh dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, AJK Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan
  3. Ahli Seumur Hidup daripada agensi-agensi kerajaan yang telah diswastakan akan terus kekal menjadi ahli tetapi tidak berhak mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam persatuan
     

Atas


Bagaimana Menjadi Ahli PUSPANITA
  • Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui Borang Keahlian yang boleh didapati dari Setiausaha, Penolong Setiausaha Puspanita Cawangan Kementerian. Borang-borang yang telah diisi hendaklah dihantar kepada:
Setiausaha 
Puspanita Cawangan Kementah 
Cawangan Khidmat Awam 
Tingkat 2, Wisma Pertahanan 
  • Luput Keahlian : 
  • Keahlian akan luput apabila suami seseorang ahli atau ahli itu sendiri berhenti atau diberhentikan daripada Perkhidmatan Kerajaan
  • Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih daripada 3 tahun berturut-turut akan dihantar surat peringatan dan jika gagal membayar maka ia akan hilang hak-hak sebagai seorang ahli sehingga hutangnya dijelaskan
  • Ahli yang berhutang yuran tahunannya melebihi 5 tahun berturut-turut akan dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli

 Atas


Yuran Keahlian PUSPANITA

JENIS KEAHLIAN 

KADAR 

AHLI BIASA 

  1. Isteri Pegawai & Pegawai Wanita Kumpulan Pengurusan Tertinggi
     
  2. Isteri Pegawai & Pegawai Wanita Kumpulan Pengurusan & Profesional
     
  3. Isteri Pegawai & Pegawai Wanita Kumpulan Sokongan I
     
  4. Isteri Pegawai & Pegawai Wanita Kumpulan Sokongan II
     
  5. Yuran Pesara

 

Yuran Masuk RM10.00 
Yuran Tahunan RM 30.00 

Yuran Masuk RM 10.00 
Yuran Tahunan RM 16.00 

Yuran Masuk RM 5.00 
Yuran Tahunan RM 10.00 

Yuran Masuk RM 1.00 
Yuran Tahunan RM 4.00 

½ daripada bayaran sebelum bersara 

AHLI BERSEKUTU 

½ daripada kadar yuran biasa mengikut Kumpulan 

AHLI GABUNGAN 

10% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan 

AHLI KEHORMAT 

Tidak dikenakan apa-apa bayaran

AHLI SEUMUR HIDUP 

RM 100.00 bagi semua kumpulan

Atas